Logo Berita Harian

Jumaat, 16 September 2005 Laman Utama Redaksi Siapa Kami? Hubungi Kami Arkib Seminggu Lain-lain Media
suremewah
pinjaman2u

Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat & Emel Diagnosis Skuad Kembara Skop Pendidikan Sastera Destinasi Auto Lanskap Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Selatan Edisi Sabah & Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Joran Web Sekolah


Hari Ini Dari Arkib
Kementerian pinda Akta Hak Cipta 1987
Berita Harian, 16hb September,2002.

KUALA LUMPUR, Ahad - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) akan meminda ...
Lagi...
waktu solat
Waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur...
SUBUH 5:48
ZUHUR 13:10
ASAR 16:10
MAGHRIB 19:13
ISYAK 20:21
Waktu solat kawasan lain...
Promosi
bullet Berita Harian dan Harian Metro - Versi PDA
bullet Berita Harian - Versi Digital
bullet NSTP Classifieds - tempah iklan di akhbar
bullet Arkib Berita semenjak 1991
Maklumat Penuh...
KLIK KHAS
bullet Sumber Terbuka
bullet Galeri Video
bullet Galeri Seminggu
bullet Piala Malaysia
bullet Malaysia Super League
bullet Anugerah Bintang Popular
bullet Perhimpunan Agung UMNO
bullet Senarai Kabinet 2004
bullet Terima Kasih Dr Mahathir
TANYA DOKTOR
?? Jangkitan kuman boleh jadi sebab kelahiran pramatang
?? Wanita dan Seks: Pil perancang kaedah terbaik
?? Wanita dan Seks: Petua dapat anak

Emel Doktor:
tanyadoktor@bharian.com.my
www.nstp.com.my
www.emedia.com.my
www.hmetro.com.my
www.nst.com.my
www.mmail.com.my
Klik DBP
Berita Sawit
Khidmat Negara


iNix perluas produk ke Asia Barat



TOK (kiri) menyerahkan dokumen kepada Rashed sambil
diperhatikan Fairouz (dua dari kiri) dan
Abdulrahman selepas memeterai perjanjian
di Kuala Lumpur, semalam.

INIX Technologies Holdings Bhd, pembekal sistem keselamatan pintar bersepadu, meluaskan pasaran eksportnya meliputi negara Asia Barat.

Syarikat itu semalam memeterai perjanjian bagi melantik syarikat Arab Saudi, Al-Qabba Trade Establishment sebagai pengedar sistem keselamatan rumah pintar keluarannya di rantau berkenaan.

Ketua Eksekutifnya iNix Technologies, Jimmy Tok Soon Guan, berkata Al-Qabba membuat tempahan awal 5,800 unit produk yang akan menggunakan jenama Techmy Smart System itu.

“Perjanjian ini untuk tempoh dua tahun dan kami menjangkakan nilai jualan RM10 juta bagi tempahan awal itu,” katanya selepas memeterai perjanjian di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, Al-Qabba diwakili Ketua Eksekutifnya, Dr Rashed Osman Joher, Tok mewakili iNiX, manakala Techmy Sdn Bhd, iaitu anak syarikat iNix yang menjadi pengedar dan pengeksport rasmi produk keluaran iNix di Asia Barat diwakili Pengerusinya, Tengku Mohd Ariffin Tengku Kassim.

Hadir sama, wakil Kedutaan Arab Saudi, Abdulrahman Al-Etibi dan Pengerusi iNiX, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid.

Sementara itu, Tok berkata, iNiX yang turut mengeksport produknya ke Australia, Sri Lanka, Singapura, United Kingdom dan China sedang meninjau peluang menerokai pasaran Amerika Syarikat.

“Kami pada peringkat akhir perbincangan dengan rakan perniagaan di sana dan dijangka memeterai perjanjian hujung tahun ini,” katanya.

Al-Qabba yang bertanggungjawab mengedar dan memasarkan produk buatan Malaysia di rantau itu mempunyai 12 pejabat jualan sekitar Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Dr Rashed berkata, syarikat memperuntukkan RM20 juta untuk membuka 10 Pusat Malaysia dalam tempoh lima tahun di Asia Barat sebagai tambahan kepada tiga rangkaiannya di Makkah, Jeddah dan Riyadh.

iNiX yang baru disenaraikan di Pasaran Mesdaq Bursa Malaysia awal bulan ini, merancang membuka dua kedai sistem keselamatan rumah pintar di Lembah Klang menjelang Disember ini.

Ia juga mahu membuka dua lagi rangkaian kedai di Kuantan dan Kuching, dalam tempoh enam bulan.

Bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 31 Januari lalu, iNiX mencatatkan pendapatan RM7.756 juta dan menjangkakan perjanjian terbaru itu menyumbang RM6 juta kepada hasil jualan syarikat dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Julai depan.

Hantar pada kawan!
Format Pencetak
Artikel di Ekonomi :
Merdeka
Pizza Hut

Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat & Emel Diagnosis Skuad Kembara Skop Pendidikan Sastera Destinasi Auto Lanskap Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Selatan Edisi Sabah & Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Joran Web Sekolah


Copyright 2005 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklumbalas.